Kamis, 16 Oktober 2014

10 SEBAB LELAKI TIDAK MAHU KAHWIN


1. Duit belum cukup

Masalah utama bagi lelaki untuk berkahwin adalah duit belum cukup. Masih mengumpul wang untuk belanja perkahwinan. Pelbagai benda memerlukan duit seperti wang hantaran, mas kahwin, baju pengantin dan banyak lagi. Untuk berkahwin ekonomi seorang lelaki haruslah stabil jika tidak mana mungkin mampu menanggung anak dara orang.

2. Mahu beli kereta dahulu

Lumrah manusia inginkan kemudahan dan kesenangan. Jarang sekali kita lihat gadis-gadis sekarang memandang lelaki yang miskin yang hanya mempunyai basikal sebagai kenderaannya. Secara jujurnya ramai wanita sekarang agak memilih lelaki. Tidak memandang lelaki miskin. Sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta walaupun bukan mewah ianya sudah memadai.

3. Susah untuk mencari yang berkenan dihati

Soal hati dan perasaan lelaki tidak boleh memaksa hati dan perasaannya untuk menyukai perempuan yang dia tidak sukai. Sikap terlalu memilih seringkali menjadi masalah kepada lelaki sekarang. Bunga yang kembang di depan mata tidak dipetik tetapi ingin memetik bunga di halaman seberang.

4. Belum datang seru

Jawapan yang sangat popular yang seringkali diucapkan oleh lelaki adalah belum sampai seru untuk berkahwin. Ramai lelaki yang melafaskan kata seperti ini. Walha umurnya sudah meningkat tetapi masih berkata “aku belum sampai seru”. Perkahwinan itu pasti datang jika kita yang berusaha tetapi mungkin juga tidak akan datang jika langsung tidak berusaha mencari jodoh.

5. Banyak halangan

Pelbagai halangan yang dihadapi apabila ingin berkahwin. Ada masalah dari persetujuan keluarga dan bermacam-macam lagi halangan.

6. Belum bersedia

Tugas sebagai seorang suami adalah satu tugas yang sangat berat untuk dipikul berbanding tugas seorang isteri. Mana mugkin lelaki itu ingin berkahwin jika dirinya belum bersedia untuk memikul tugasnya sebagai ketua keluarga.

7. Ilmu tidak cukup

Ilmu perkahwinan adalah suatu ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. Tanpa ilmu perkahwinan sebuah keluarga yang bahagia tidak mungkin akan terbina. Binalah keluarga dengan ilmu perkahwinan yang ada. Tanpa ilmu perkahwinan musnahlah institusi kekeluargaan.

8. Terlalu inginkan yang sempurna

Lumrah manusia selalunya ingin mencari sesuatu yang sempurna. Tetapi jika terlalu inginkan yang sempurna juga bahaya kerana kesempurnaan selalunya akan ditinggalkan jika kita terlalu inginkan yang sempurna. Pilihlah jodoh yang dirasakan sesuai dengan diri kerana itu adalah terbaik.

9. Mahu sambung belajar

Memandangkan si perempuan lebih tinggi pendidikan dari si lelaki, si lelaki bercadang untuk sambung belajar supaya setaraf dengan si perempuan. Bak kata pepatah“enggang sama enggang, pipit sama pipit”.

10. Takut untuk bercinta

Pengalaman lelaki yang pernah kecewa kerana cinta membuatkan mereka sangat takut untuk bercinta lagi. Mereka tidak yakin kepada dirinya bahawa dirinya masih lagi boleh bercinta. Gagal sekali tidak mungkin selama-lamanya gagal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar